Sunday, July 5, 2015

Al-Qadr : Dikejar atau dihindar?



Asslamualaikum Warahmatullah.

Syukur Alhamdulillah kita masih diberikan oleh Allah peluang untuk menghirup udara Ramadhan. dah 18 malam berlalu. kini cuma berbaki 12 malam je lagi. sedar x sedar Ramadhan tahun ni dah nak sampai ke kemuncak nya iaitu 10 MALAM TERAKHIR. Salah satu malam di dalamnya terdapat sebuah malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu malam al-Qadr.

Allah berfirman di dalam surah al-Qadr :

"1. Sesungguhnya, Kami telah menurunkan (Al-Qur'an) pada malam al-Qadr. 2. Tahukah kamu apakah malam kemuliaan (al-Qadr) itu? 3. Malam kemuliaan (al-Qadr) lebih baik daripada seribu bulan. 4. Pada malam itu turun para malaikat dan Ruh (Jibril) dengan izin tuhannya untuk mengatur semua urusan. 5. Sejahteralah (malam itu) sampai terbit fajar." 

   10 malam terakhir ni lah yang ditunggu-tunggu oleh orang-orang beriman, yang menginginkan rahmat dan kasih sayang Allah, yang menginginkan keampuanan dari Allah, yang menginginkan malam yang lebih baik dari seribu bulan, yang menginginkan syurga Allah azza wajal!

    Namun, tak kurang juga manusia yang menantikan 10 malam terakhir sebagai malam persediaan untuk beraya. Alangkah sedihnya individu-individu macam ni . yang tertipu dengan godaan dunia sehingga melupakan akhirat.

    Satu fenomena yang biasa berlaku dalam kalangan masyarakat kita ialah bila masuk 10 malam terakhir je saf kat masjid mesti kurang, kalau ade pon mesti yang tua-tua je. anak muda hilang entah ke mana. bak teka-teki.

    "1. banyak-banyak 2. sikit-sikit 3. kadang-kadang 4. jarang-jarang.
Apakah itu?

      1: Masjid
      2: Jemaah
      3: Saf penuh
      4: Anak muda di masjid"

     Sedih. memang sedih. Ke mana golongan syabab (baca:ramaja) kita menghilang masa terawih?!

    "Weh, malas ah gi terawih. jom gi shopping baju raya jom. Kat IOI, dengar citer ade sale. baju aku tak cukup lagi ni.."

    "Terawih? Eh, ada match DOTA ah skang ni...nanti la aku terawih"
    "Jom main mercun bola ramai-ramai.. nanti bila pak imam terawih kita letupkan mercun ni kuat-kuat...hahahaha"

    "Brrrb. Adeh kenyang nya perut aku. tak mampu nak gerak dah ni.  terawih pon cam tak larat je. malasnye... zzzZZz (tido)"

    Hanya Allah saje yang mampu beri hidayah dan taufiq kepada orang-orang macam ni..semoga kita mampu berubah. aminn

Jadi, Adakah malam al-Qadr ini kita nak kejar atau nak hindar?

"Eh, mestilah nak kejar. kalau tak nanti rugi lah."

 "Macam mane eh?"

    Apabila sampainya sepuluh malam terakhir bulan ramadhan, tingkatkan kegigihan beribadat, pastikan malam al-Qadar tidak terlepas. 'Aisyah R.A. berkata : "Kebiasaannya dahulu, Nabi s.a.w. apabila masuk 10 malam terakhir Ramadhan, Baginda akan bersungguh-sungguh, menghidupkan malamnya dan membangunkan keluarganya dari tidur." (H.R. Al-Bukhari)

   Kita juga disuruh agar bersungguh-sungguh beribadat pada malam al-Qadar dengan penuh keimanan dan pengharapan.
   
   Sabda Rasulullah S.A.W. : "Siapa bangun malam al-Qadar dengan keimanan dan pengharapan akan diampunkan untuknya dosanya yang terdahulu." (HR Al-Bukhari)

   Abdullah bin Mas'ud R.A . telah menjelaskan tips untuk mendapatkan malam al-Qadar. Tipsnya adalah dengan menghidupkan setiap malam sepanjang tahun dengan solat sunat malam. Beliau berkata: " Siapa bangun sepanjang tahun, dia akan dapat malam keagungan (Lailatul Qadr)." (HR Muslim) 

   Malam-malam yang berkemungkinan menjadi malam al-Qadr ialah antara malam 21 hingga malam 30 Ramadhan, Bacalah: 

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
Maksudnya: "Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, sukakan kemaafan, maka maafkanlah aku." (HR Ibnu Majah)

  Tanda-tanda malam al-Qadr adalah seperti yang disebut oleh Ubayy bin Ka'ab R.A. berkata:"Tandanya ialah matahari terbit pada paginya putih tanpa cahaya silau." (HR Muslim)

  Berkaitan dengan malam al-Qadr, orang yang beruntung ialah orang yang berusaha beribadat pada malam harinya; manakala orang yang rugi ialah orang yang tidak berusaha beribadat pada malam harinya, sebaliknya apabila sampai waktu pagi dia sibuk melihat keadaan matahari.

  In shaa Allah, kita dapat manfaatkan baki 10 malam terakhir ni sebaiknya. Jangan tinggal terawih tau!  ok.. Jaga hati, jaga iman, jaga amal. mudah-mudahan Allah redha^^,

Wallahu a'lam, Assalamualaikum Warahmatullah.
  

   

No comments:

Post a Comment