Saturday, August 15, 2015

Hidup bermanfaat

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله،

lama dh admin x update blog ni.. maklumlah buzy ngan tugasan-tugasan di sekolah. eceh. alasan je sume tuh..

okay..

so hari ni insya-Allah admin akan berkongsi serba sedikit ciri-ciri orang yg hidupnya tidak rugi..atau..org-org yg mempunyai "hidup bermanfaat".

Dalam surah al-asr, Allah azza wajal berfirman;

"Demi masa! Sesungguhnya manusia di dalam kerugian. Kecuali orang-orang beriman yang beramal soleh dan sentiasa mengingatkan kepada kebenaran dan sentiasa megingatkan kepada kesabaran".

cuba lihat dengan mata hati..

Allah kata kat semua manusia bahawa kita semua ni rugi!

kecuali..

1. orang-orang yang beriman
2. orang-orang yang beramal soleh
3. orang-orang yang sentiasa mengingatkan kepada kebenaran
4. orang-orang yang sentiasa mengingatkan kepada kesabaran

jadi, apa yang kita boleh faham dengan surah al-asr ni?

"Cara-cara menjadikan hidup kita bermanfaat"

untuk mencapai kehidupan yang bermanfaat, yang tidak rugi, yang tidak sia-sia, kita mestilah mengamalkan empat ciri tersebut. bukan sekadar salah satu daripada sifat tersebut yg kita mesti amalkan..tapi.. SEMUA.

1. Orang-orang yg beriman

Ni perkara asas yg paling penting. Tidak bermakna hidup seseorang itu klau tidak ada iman dlm hatinya, klau tidak ada Allah dlm hatinya..

penting utk kita mentauhidkan Allah dengan sebenar-benarnya. Tiada unsur syirik walau sedikitpun. semua ibadah kita mesti ikhlas semata-mata kerana Allah.

2. Orang-orang yg beramal soleh

Selain mempunyai keimanan yg mantap, kita juga perlu melaksanakan segala ibadah yg diperintahkan oleh Allah. terutamanya ibadah yg wajib.

solat.
puasa.
zakat.
haji.
dan ibadah-ibadah lain yg utama.

selain itu, penting juga untuk kita melakukan ibadah-ibadah sunat agar hidup kita ni sentiasa terisi dengan amal-amal soleh.

lakukanlah solat sunat rawatib, tahajjud, sedekah, baca al-quran dan perkara sunat lain.

Lakukanlah semua ibadah ini ikhlas kerana Allah, mengikut cara yg telah ditunjukkan oleh rasulullah dan dengan perasaan cinta kepada Allah.

insya-Allah ibadah-ibadah yang kita buat diterima Allah dan memberi kesan kepada diri kita.

3. Orang-orang yang sentiasa mengingatkan kepada kebenaran.

Dakwah. inilah perkara yg wajib dilakukan oleh setiap individu yang bergelar seorang muslim.

Bila iman kita semakin mantap,
Bila ibadah kita semakin terjaga.

Maka, kita perlu berdakwah.

Ringankanlah pancaindera kita ini untuk mengajak orang kepada Allah. Tidak kiralah dengan apa-apa cara sekalipun asalkan cara kita itu menepati syarak.

Mulakanlah dakwah antum kepada ahli keluarga terdekat. Kemudian, kawan-kawan yang rapat.

Jangan sempitkan fikiran antum dengan mengatakan dakwah ini susah. Ia sebenarnya bergantung kepada diri kita. Sama ada kita nak buat atau tidak.

Ajaklah orang utk melakukan solat,
Ajaklah orang utk baca Al-Quran,
Ajaklah orang berakhlak mulia.
Ajaklah orang kepada kebenaran!
Ajaklah orang walaupun atas perkara yg kecil.

kerana rasulullah s.a.w. bersabda dalam sepotong hadis yg sahih,

"..sampaikan dariku walau sepotong ayat..".

4. Orang-orang yang sentiasa mengingatkan kepada kesabaran

memang menjadi lumrah, kalau ada orang ajak kepada kebaikan mesti akan ada orang yang tolak. Rasulullah sendiri pun dakwahnya ditolak oleh kaum-kerabat sendiri. Malah bukan sekadar ditolak, bahkan diancam dan dimusuhi sekiranya meneruskan dakwah.

Tapi,
Rasulullah kekal sabar.

Inilah sikap yg mesti ada dalam diri kita. Memang jalan dakwah ini penuh dengan onak dan duri. Namun jangan risau.

"إن الله معنا"
"Sesungguhnya Allah bersama kita".

Ingat, kita hanya mampu berusaha untuk mengajak orang kepada kebenaran. Tetapi yang memberikan mereka hidayah untuk berubah hanyalah Allah.

Maka, banyakkanlah bersabar. Kerja kita ini mulia. Allah pandang usaha kita. Insya-Allah besar ganjaran kita disisi Allah!

******

Kesimpulannya, tiada siapa yang mahu rugi dalam hidupnya. Maka, ikutlah petunjuk Allah dan Rasul untuk menjadikan hidup kita ini berguna.

"Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain".

 (HR. Ahmad, Thabrani, Daruqutni. Dishahihkan Al Albani dalam As-Silsilah As-Shahihah)

Bukan setakat hidup kita berguna untuk diri sendiri, tapi berguna juga untuk orang lain.

Insya-Allah kita dapat ambil ibrah daripada surah Al-Asr ini. Jadilah individu muslim yang berguna! Marilah sama-sama kita mengejar keredaan Allah. ^^

Semoga bermanfaat.
Wallahu a'lam