Thursday, September 3, 2015

7 Jalan Zina | Video Pendek


Zina merupakan suatu dosa yang amat besar. Allah s.w.t. juga telah mengharamkan hamba-hambanya untuk mendekati jalan-jalan ke arah zina ini. Marilah sama-sama menyaksikan video kami yang menghuraikan tentang 7 Jalan Zina.
Semoga bermanfaat!




Saturday, August 15, 2015

Hidup bermanfaat

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله،

lama dh admin x update blog ni.. maklumlah buzy ngan tugasan-tugasan di sekolah. eceh. alasan je sume tuh..

okay..

so hari ni insya-Allah admin akan berkongsi serba sedikit ciri-ciri orang yg hidupnya tidak rugi..atau..org-org yg mempunyai "hidup bermanfaat".

Dalam surah al-asr, Allah azza wajal berfirman;

"Demi masa! Sesungguhnya manusia di dalam kerugian. Kecuali orang-orang beriman yang beramal soleh dan sentiasa mengingatkan kepada kebenaran dan sentiasa megingatkan kepada kesabaran".

cuba lihat dengan mata hati..

Allah kata kat semua manusia bahawa kita semua ni rugi!

kecuali..

1. orang-orang yang beriman
2. orang-orang yang beramal soleh
3. orang-orang yang sentiasa mengingatkan kepada kebenaran
4. orang-orang yang sentiasa mengingatkan kepada kesabaran

jadi, apa yang kita boleh faham dengan surah al-asr ni?

"Cara-cara menjadikan hidup kita bermanfaat"

untuk mencapai kehidupan yang bermanfaat, yang tidak rugi, yang tidak sia-sia, kita mestilah mengamalkan empat ciri tersebut. bukan sekadar salah satu daripada sifat tersebut yg kita mesti amalkan..tapi.. SEMUA.

1. Orang-orang yg beriman

Ni perkara asas yg paling penting. Tidak bermakna hidup seseorang itu klau tidak ada iman dlm hatinya, klau tidak ada Allah dlm hatinya..

penting utk kita mentauhidkan Allah dengan sebenar-benarnya. Tiada unsur syirik walau sedikitpun. semua ibadah kita mesti ikhlas semata-mata kerana Allah.

2. Orang-orang yg beramal soleh

Selain mempunyai keimanan yg mantap, kita juga perlu melaksanakan segala ibadah yg diperintahkan oleh Allah. terutamanya ibadah yg wajib.

solat.
puasa.
zakat.
haji.
dan ibadah-ibadah lain yg utama.

selain itu, penting juga untuk kita melakukan ibadah-ibadah sunat agar hidup kita ni sentiasa terisi dengan amal-amal soleh.

lakukanlah solat sunat rawatib, tahajjud, sedekah, baca al-quran dan perkara sunat lain.

Lakukanlah semua ibadah ini ikhlas kerana Allah, mengikut cara yg telah ditunjukkan oleh rasulullah dan dengan perasaan cinta kepada Allah.

insya-Allah ibadah-ibadah yang kita buat diterima Allah dan memberi kesan kepada diri kita.

3. Orang-orang yang sentiasa mengingatkan kepada kebenaran.

Dakwah. inilah perkara yg wajib dilakukan oleh setiap individu yang bergelar seorang muslim.

Bila iman kita semakin mantap,
Bila ibadah kita semakin terjaga.

Maka, kita perlu berdakwah.

Ringankanlah pancaindera kita ini untuk mengajak orang kepada Allah. Tidak kiralah dengan apa-apa cara sekalipun asalkan cara kita itu menepati syarak.

Mulakanlah dakwah antum kepada ahli keluarga terdekat. Kemudian, kawan-kawan yang rapat.

Jangan sempitkan fikiran antum dengan mengatakan dakwah ini susah. Ia sebenarnya bergantung kepada diri kita. Sama ada kita nak buat atau tidak.

Ajaklah orang utk melakukan solat,
Ajaklah orang utk baca Al-Quran,
Ajaklah orang berakhlak mulia.
Ajaklah orang kepada kebenaran!
Ajaklah orang walaupun atas perkara yg kecil.

kerana rasulullah s.a.w. bersabda dalam sepotong hadis yg sahih,

"..sampaikan dariku walau sepotong ayat..".

4. Orang-orang yang sentiasa mengingatkan kepada kesabaran

memang menjadi lumrah, kalau ada orang ajak kepada kebaikan mesti akan ada orang yang tolak. Rasulullah sendiri pun dakwahnya ditolak oleh kaum-kerabat sendiri. Malah bukan sekadar ditolak, bahkan diancam dan dimusuhi sekiranya meneruskan dakwah.

Tapi,
Rasulullah kekal sabar.

Inilah sikap yg mesti ada dalam diri kita. Memang jalan dakwah ini penuh dengan onak dan duri. Namun jangan risau.

"إن الله معنا"
"Sesungguhnya Allah bersama kita".

Ingat, kita hanya mampu berusaha untuk mengajak orang kepada kebenaran. Tetapi yang memberikan mereka hidayah untuk berubah hanyalah Allah.

Maka, banyakkanlah bersabar. Kerja kita ini mulia. Allah pandang usaha kita. Insya-Allah besar ganjaran kita disisi Allah!

******

Kesimpulannya, tiada siapa yang mahu rugi dalam hidupnya. Maka, ikutlah petunjuk Allah dan Rasul untuk menjadikan hidup kita ini berguna.

"Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain".

 (HR. Ahmad, Thabrani, Daruqutni. Dishahihkan Al Albani dalam As-Silsilah As-Shahihah)

Bukan setakat hidup kita berguna untuk diri sendiri, tapi berguna juga untuk orang lain.

Insya-Allah kita dapat ambil ibrah daripada surah Al-Asr ini. Jadilah individu muslim yang berguna! Marilah sama-sama kita mengejar keredaan Allah. ^^

Semoga bermanfaat.
Wallahu a'lam

Monday, July 27, 2015

Sunday, July 26, 2015

Jurujual | Video Pendek





Saksikanlah video pendek kami tentang kisah seorang jurujual.

Video ini dibuat berdasarkan cerpen "Jurujual" oleh Inche Gabbana.



Moga Bermanfaat!

Saturday, July 11, 2015

Ada lagikah selepas ini?


Bismillah.

Alhamdulillah syukur setinggi-tingginya kepada Allah s.w.t, cinta hati kita yang masih beri kita kesempatan untuk berada dalam bulan-Nya yang penuh barakah ini.

Senyum.

Jadi, apa khabar iman antum semua? amacam? dah beberapa hari dah masuk 10 malam terakhir,mesti dah banyak ibadah antum tahap optimum kan? syabas :) ..mudah-mudahan kita semua ni akan tergolong dalam golongan yang mendapat keampunan Allah disamping ganjaran Lailatul Qadr. in shaa Allah

Entry minggu ni masih lagi dengan topik berkaitan dengan Ramadhan. okay. Satu persoalan yang saya ingin bawakan ialah "apakah masih ada lagi Ramadhan untuk kita selepas ni?"

pergh... macam dah nak mati je.. tp ini lah hakikatnya.. ade tak sesapa yang boleh jamin yang dia akan hidup  selama-lamanya? takde betul tak..

Allah sendiri berfirman dalam surah Ali-imran, ayat 185 :

 "Setiap yang bernyawa akan merasakan kematian"

nak tak nak, selagi hayat dikandung badan, selagi oksigen memenuhi peparu kita, hendaklah kita manfaatkan usia kita ni. macam yang kita semua tahu, kematian ni boleh datang bila-bila je walau di mana pon kita berada. saya ulang. "kematian itu pasti."

okay.

so, macam mana kita nak jadikan Ramadhan kita kali ini betul-betul bermakna memandangkan kita tak tahu kita sempat jumpa dengan bulan ni lagi tahun depan?

  "Relax dik. Setiap persoalan ada jawapannya."

  "hmm. jadi nak buat macam mana ni bang?"

  "Adik baca doa ni banyak-banyak. اللهم إنك عفو, تحب العفو, فاعف عني"


Actually dalam bulan Ramadhan ni bende yang kita nak capai ialah keampunan Allah. yes. Keampunan Allah. but why? sebab nya mudah je.. sebab kita hamba yang tak pernah lekang daripada melakukan dosa dan maksiat terhadap Allah.. even dalam bulan Ramadhan yang takde syaitan ni pon kita masih bermaksiat kepada Allah.

Tak malu ke?
Of course la malu betul tak..
that's why la kita perlu keampunan Allah.
faham?

    Okay. perkara kedua yang kita nak capai daripada bulan Ramadhan ni ialah ISTIQAMAH.

"Istiqamah tu pe bende bang?"

Istiqamah bermaksud melakukan sesuatu ibadah secara berterusan/konsisten.

Cuba kita lihat. berapa ramai orang yang masa bulan Ramadhan amalannya banyak tapi bila masuk je 1 Syawal, sume amalan tu hilang.

Sedih. seriously. mereka seolah-olah bertuhankan bulan Ramadhan je tapi bukannya bertuhan Allah. ibadah-ibadah mereka hanya di bulan Ramadhan.. masuk je bulan lain.. ibadah ala kadar je..

tu kira okay lagi buat ibadah. yang tak buat ibadah langsung? lagi parah..rugi.. seriously rugi..

Bulan Ramadhan ni sepatutnya jadi bulan yang paling terbaik untuk berubah atau kata yang lebih arabic cket, berHIJRAH. Kita kene gunakan peluang ni. 30 hari ditarbiah dengan lapar dan dahaga, 30 hari ditarbiah dengan solat sunat sepanjang malam. 30 hari ditarbiah tilawah quran sampai khatam. bukankah itu semua anugerah Allah untuk kita?

cuba kita muhasabah kejap.

Adakah kita mampu buat ibadah sebanyak ni di bulan-bulan lain selain Ramadhan? Mampu?
mostly akan jawab "tak mampu".

Ingatlah..
Ibadah-ibadah ni sume kurniaan Allah sebab nak bagi diri kita dekat dengan Dia.
Dia cintakan kita.
Dia nak kita kerap ingat Dia.
Dia nak kita bergantung harap kepada Dia.
Dia nak kita cintakan Dia dengan sebenar-sebenar definisi cinta.
Sebab tu Allah sediakan bulan Ramdhan sebagai pelonjak cinta kita kepadaNya.
Dan Allah sediakan juga bulan-bulan lain untuk menguji tahap cinta kita kepadaNya.

So, boleh nampak tak sekarang ape function istiqamah tu?
mesti boleh kan, in shaa Allah.

Jadi kat sini saya nak kongsikan kepada antum semua tips-tips untuk istiqamah.

Ready?

okay.

First, saya nak antum sume muhasabah diri antum, apakah amalan yang antum rase antum mudah nak buat. amalan kecik pon takpe.

Second, tetapkan baper kali antum nak buat amalan tu dalam sehari ke seminggu ke atau sebulan. mana-mana pon tak kesah. Ingat, target kita nk ISTIQAMAH.

Third, mulalah lakukannya! in shaa Allah dengan amalan yang sedikit tapi berterusan ni dapat maintain kan iman dan kecintaan antum kepada Allah.

Forth, kalau dah rasa boleh bawak dengan amalan-amalan yang kita dah istiqamahkan ni, cuba upgrade kan plak. Selamat mencuba! ^^

Ni saya tunjukkan contohnya:

Checklist Amalan Si Polan

1. tilawah at least 2 muka surat sehari.
2. solat sunat dhuha at least 3 kali seminggu.
3. Qiamullail  at least 4 kali sebulan.
4. puasa sunat at least sehari dalam masa sebulan.

P/S: checklist amal ni terpulang kepada setiap individu. sama ada nak tetapkan banyak ke sikit ke ibadah kita. yang penting ISTIQAMAH!


In shaa Allah dengan perkongsian ni dapat membantu kita dalam menjadikan Ramadhan kita lebih bermakna.. Diharapkan kita dapat jadi graduan Universiti Ramadhan 1436H yang berjaya!

Ameen.
Semoga bermanfaat.

Assalamualaikum Warahmatullah.



Sunday, July 5, 2015

Al-Qadr : Dikejar atau dihindar?



Asslamualaikum Warahmatullah.

Syukur Alhamdulillah kita masih diberikan oleh Allah peluang untuk menghirup udara Ramadhan. dah 18 malam berlalu. kini cuma berbaki 12 malam je lagi. sedar x sedar Ramadhan tahun ni dah nak sampai ke kemuncak nya iaitu 10 MALAM TERAKHIR. Salah satu malam di dalamnya terdapat sebuah malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu malam al-Qadr.

Allah berfirman di dalam surah al-Qadr :

"1. Sesungguhnya, Kami telah menurunkan (Al-Qur'an) pada malam al-Qadr. 2. Tahukah kamu apakah malam kemuliaan (al-Qadr) itu? 3. Malam kemuliaan (al-Qadr) lebih baik daripada seribu bulan. 4. Pada malam itu turun para malaikat dan Ruh (Jibril) dengan izin tuhannya untuk mengatur semua urusan. 5. Sejahteralah (malam itu) sampai terbit fajar." 

   10 malam terakhir ni lah yang ditunggu-tunggu oleh orang-orang beriman, yang menginginkan rahmat dan kasih sayang Allah, yang menginginkan keampuanan dari Allah, yang menginginkan malam yang lebih baik dari seribu bulan, yang menginginkan syurga Allah azza wajal!

    Namun, tak kurang juga manusia yang menantikan 10 malam terakhir sebagai malam persediaan untuk beraya. Alangkah sedihnya individu-individu macam ni . yang tertipu dengan godaan dunia sehingga melupakan akhirat.

    Satu fenomena yang biasa berlaku dalam kalangan masyarakat kita ialah bila masuk 10 malam terakhir je saf kat masjid mesti kurang, kalau ade pon mesti yang tua-tua je. anak muda hilang entah ke mana. bak teka-teki.

    "1. banyak-banyak 2. sikit-sikit 3. kadang-kadang 4. jarang-jarang.
Apakah itu?

      1: Masjid
      2: Jemaah
      3: Saf penuh
      4: Anak muda di masjid"

     Sedih. memang sedih. Ke mana golongan syabab (baca:ramaja) kita menghilang masa terawih?!

    "Weh, malas ah gi terawih. jom gi shopping baju raya jom. Kat IOI, dengar citer ade sale. baju aku tak cukup lagi ni.."

    "Terawih? Eh, ada match DOTA ah skang ni...nanti la aku terawih"
    "Jom main mercun bola ramai-ramai.. nanti bila pak imam terawih kita letupkan mercun ni kuat-kuat...hahahaha"

    "Brrrb. Adeh kenyang nya perut aku. tak mampu nak gerak dah ni.  terawih pon cam tak larat je. malasnye... zzzZZz (tido)"

    Hanya Allah saje yang mampu beri hidayah dan taufiq kepada orang-orang macam ni..semoga kita mampu berubah. aminn

Jadi, Adakah malam al-Qadr ini kita nak kejar atau nak hindar?

"Eh, mestilah nak kejar. kalau tak nanti rugi lah."

 "Macam mane eh?"

    Apabila sampainya sepuluh malam terakhir bulan ramadhan, tingkatkan kegigihan beribadat, pastikan malam al-Qadar tidak terlepas. 'Aisyah R.A. berkata : "Kebiasaannya dahulu, Nabi s.a.w. apabila masuk 10 malam terakhir Ramadhan, Baginda akan bersungguh-sungguh, menghidupkan malamnya dan membangunkan keluarganya dari tidur." (H.R. Al-Bukhari)

   Kita juga disuruh agar bersungguh-sungguh beribadat pada malam al-Qadar dengan penuh keimanan dan pengharapan.
   
   Sabda Rasulullah S.A.W. : "Siapa bangun malam al-Qadar dengan keimanan dan pengharapan akan diampunkan untuknya dosanya yang terdahulu." (HR Al-Bukhari)

   Abdullah bin Mas'ud R.A . telah menjelaskan tips untuk mendapatkan malam al-Qadar. Tipsnya adalah dengan menghidupkan setiap malam sepanjang tahun dengan solat sunat malam. Beliau berkata: " Siapa bangun sepanjang tahun, dia akan dapat malam keagungan (Lailatul Qadr)." (HR Muslim) 

   Malam-malam yang berkemungkinan menjadi malam al-Qadr ialah antara malam 21 hingga malam 30 Ramadhan, Bacalah: 

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
Maksudnya: "Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, sukakan kemaafan, maka maafkanlah aku." (HR Ibnu Majah)

  Tanda-tanda malam al-Qadr adalah seperti yang disebut oleh Ubayy bin Ka'ab R.A. berkata:"Tandanya ialah matahari terbit pada paginya putih tanpa cahaya silau." (HR Muslim)

  Berkaitan dengan malam al-Qadr, orang yang beruntung ialah orang yang berusaha beribadat pada malam harinya; manakala orang yang rugi ialah orang yang tidak berusaha beribadat pada malam harinya, sebaliknya apabila sampai waktu pagi dia sibuk melihat keadaan matahari.

  In shaa Allah, kita dapat manfaatkan baki 10 malam terakhir ni sebaiknya. Jangan tinggal terawih tau!  ok.. Jaga hati, jaga iman, jaga amal. mudah-mudahan Allah redha^^,

Wallahu a'lam, Assalamualaikum Warahmatullah.
  

   

Friday, June 26, 2015

Ramadhan Kareem


Bismillah..
Assalamualaikum warahmatullah kpd sume pengunjung blog tekno daie^^

alhamdulillah kita diberikan nikmat oleh Allah utk merasai nikmat ramadhan tahun ini.. dh masuk 10 ramadhan malam ni.. Jadi, ingin kami kongsikan beberapa hadis yang boleh menjadi tonik ajaib kepada kita semua bagi beribadah pada bulan yang penuh barakah ini.

Keutamaan Puasa

Dari Abu Hurairah radhiyallahu’anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

الصِّيَامُ جُنَّةٌ فَلَا يَرْفُثْ وَلَا يَجْهَلْ وَإِنْ امْرُؤٌ قَاتَلَهُ أَوْ شَاتَمَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي صَائِمٌ مَرَّتَيْنِ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ تَعَالَى مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ يَتْرُكُ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ وَشَهْوَتَهُ مِنْ أَجْلِي الصِّيَامُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا

“Puasa adalah perisai. Maka janganlah dia berkata-kata kotor dan berbudat bodoh. Apabila ada orang lain yang memerangi atau mencacinya, hendaklah dia katakan, ‘Aku sedang puasa’ (dua kali). Demi Tuhan yang jiwaku berada di tangan-Nya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah ta’ala daripada bau minyak kasturi. Dia rela meninggalkan makanan, minuman, dan syahwatnya karena Aku. Puasa itu untuk-Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Satu kebaikan dibalas sepuluh kali lipatnya.” (HR. Bukhari dalam Kitab as-Shiyam)

Puasa dapat menghapuskan dosa

Dari Hudzaifah radhiyallahu’anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

فِتْنَةُ الرَّجُلِ فِي أَهْلِهِ وَمَالِهِ وَجَارِهِ تُكَفِّرُهَا الصَّلَاةُ وَالصِّيَامُ وَالصَّدَقَةُ

“Fitnah/dosa pada diri seseorang karena keluarga, harta, atau tetangganya akan terhapus dengan sholat, puasa, dan sedekah.” (HR. Bukhari dalam Kitab as-Shiyam)

Pintu ar-Rayyan bagi orang-orang yang berpuasa

Dari Sahl radhiyallahu’anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا يُقَالُ لَهُ الرَّيَّانُ يَدْخُلُ مِنْهُ الصَّائِمُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لَا يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ يُقَالُ أَيْنَ الصَّائِمُونَ فَيَقُومُونَ لَا يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ فَإِذَا دَخَلُوا أُغْلِقَ فَلَمْ يَدْخُلْ مِنْهُ أَحَدٌ

“Sesungguhnya di surga terdapat sebuah pintu yang bernama ar-Royyan. Orang-orang yang berpuasa akan memasukinya pada hari kiamat. Tidak ada seorangpun yang memasukinya selain mereka. Akan ada yang berseru, ‘Manakah orang-orang yang berpuasa?’. Maka bangkitlah mereka. Dan tidak akan memasukinya selain mereka. Apabila mereka telah masuk, maka pintu itu akan ditutup sehingga tidak akan ada lagi yang masuk melewatinya seorang pun.” (HR. Bukhari dalam Kitab as-Shiyam)

 Pahala bagi orang yang berpuasa Ramadhan

Dari Abu Hurairah radhiyallahu’anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

“Barang siapa yang menghidupkan malam Qadar -dengan ketaatan- karena iman dan mengharap pahala, maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah berlalu. Dan barang siapa yang berpuasa Ramadhan karena iman dan mengharap pahala, maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah berlalu.” (HR. Bukhari dalam Kitab as-Shiyam)

Semoga hadis-hadis yang dikongsikan dapat sama-sama kita ambil ibrah daripadanya in shaa Allah^^

wallahua'lam